Monday, August 24, 2009

Kata-kata akhir Cigu Nawawi..


Allahyarham Cikgu Nawawi merupakan Guru Panatia Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang 2008. Aku sempat berkenalan dengan beliau semasa aku buat program bijak sifir alif bagi murid tahun 4(kelas lemah). Beliau pernah meluahkan rasa sedihnya apabila anak kesayangannya (nama aku tak ingat) terlibat dalam kemalangan maut di Kertih tahun 2007. Kemudia aku terdengar berita beliau juga mendapat kemalangan(jatuh dari motosikal)
di Seri Duyung. Alfatihah....
Ini yang dapat akau rakamkan gambar beliau

Sunday, August 23, 2009

Sahabat Aku Tuan Hj. Othman.

Gambar sebelah ni ialah Tuan Hj.Othman bin Che Man. Walaupun orang Kelantan dia tak kekelantanan sangat(cuba pahamkan maksud aku... )Ciri-ciri yang aku sangat sayang dan takleh lupa pada Tuan Haji ini. 1) Dia tak pernah sakitkan ati aku 2) Dia suka melawak dan ketawa. 3) Masa dia kerjakan Hj., dia teringat aku.
4)Baru-baru ni masa dia ke Jakarta dia kata dia nampak aku
tengan pegang beg kat tepi jalanraya di bandar Jakarta...He..he..
bila lak aku ke Jakarta... Walaubagaimanapun aku sangat senang berurus dengan beliau.

Tuan Hj Zainal selaku GM Sales C&B(2006-2007). First time aku kenal dia semasa aku hadiri Leadership program kat TTC Jalan Gurney. Orangnya sederhana dan berhati-hati bila berucap.Yes he ia a nice person.Last sekali aku dengar dia jadi GM Kelantan. Mungkin sekarang dah pencen kot....

Saturday, August 22, 2009

Alif Najmi naik Kayak

Masa ni aku dan keluarga bercuti kat Pulau Pangkor. Seronok jugak tapi makanannya mahal tak setimpal dengan barang yang di makan. Maklom cuti sekolah dan tempat pelancung. Aliff Najmi masa ni umur 2 tahun.

Matematik Sencor

Gambar di sebelah ialah Hj Baharam bin Azit.Aku kenal Hj Baharam selepas aku VSS. Aku tertarik dengan kejayaan beliau mengajar budak-budak yang ambil UPSR. Lebih 90% anak muridnya dapat A dalam matematik. Teknik beliau menyamai teknik SAMPUA iaitu menggunakan Big friend dan Small Friend.
Aku telah mendaptilham untuk membangukan teknik membuat sifir melalui "Power of Patterns".Yang sedapnya bila aku tunjukkan pada beliau,katanya
ciptaan aku tak ader kena mengenai dengan teknik yang dia ajar.
Lalu aku namakan teknik aku : Bijak sifir alif" sempena anak aku yang bongsu
ia itu Mohammad Aliff. sehingga hari in tak kurang 4000 murid trlah di dedahkan dan lebih 400 guru telah mengetahui teknik ini. Lihat laman web aku http//:sopiramaju.blogspot.com

Cuba teka bini sapa


Gambar ni di ambil 4 tahun lepas.Anak dia sekarang dah darjah satu atau dua.Masa amik dulu anak dia masih tidur dalam buaiyan. Cuba teka bini sapa ni. Aku bri klu silit... orang bukit meta he..he...

Siap pulak yang ini?


Kenal tak sapa ni?

Ini adalah bini aku punya emak saudara. Mari aku terangkan adik beradik bini aku punya bapak. Nama bini aku Masitah bte Mohd Yusoff.(Allahyarham te;ah meninggal pada 4 hari sebelum hari puasa tahun lepas). Berikut adalah barisan
adik beradi bini aku
1) Hj.Ahmad Sukiman dipanggil Long Amat.Lama tinggal di Felda Air Kangkong.Sudah aruah di kebumikan di Jalan Lama Telok Mas.
2)Hj.Yusof Sukiman( lebih di kenali sebagai Ngah Usop). Pernah berkihdmat sebagai polis di Singapura. Selepas pencen balik kg. Masa nilah aku tertarik tenguk anaknya yang jadi bini aku sekarang....).Allahyarham di kebumikan di dalam kawasan Masjid Telok Mas.
3)Pak Itam Syarif. Meninggal pada tahun 1979 di Singapura. Dengar cerita meninggal di rumah tukang obat.anak-anaknya yang aku kenal ialah Hamid,Nan,Zali,Ogy,Yah(dah aruah) yang alin tak berapa kenal.Apabila kerajaan Singapura memberi notis kepada waris untuk memindahkan kubur dikawasan Bidadari(kalau tak silap)maka anak2 beliau telah sepakat memindahkan kubur aruah di Masjid Telok Mas(2008)
4)

Kenal tak sapa ni?

Aku pun tak ingat hari raya tahun berapa.Besah dan Bik Jabin datang anak beranak.

Program Bijak Sifir Bulan Puasa

Friday, August 21, 2009



Gambar ini di ambil semasa C&B KL mengadakan jamuan perpisahan dengan

AGM C&B KL iaitu Tuan Hj Rashid Othman yang akan berpindah ke TSSB.

Masih ingatkah apa lagu yang di dendangkan???



Abg Mee dan Kak Asiah sedang memberi persembahan yang sungguh mencuit hati ramai
Saksikan Videonya...